LAKEP

Monday, March 9, 2009

Pada 6-8 hb Mac, 4 orang ahli Faciteam (Faiz, Que Syahidah & Aisyah) telah menyertai program Latihan Asas Kefasilitatoran dan pEngurusan Program anjuran PEPIAS bertempat di Kem Rebutia, Gombak..
beberapa fakta menarik ingin dikongsi..

  • program ni ala2 FST kite r.. cume participantnye mostly lepasan SPM dan budak2 kolej
  • perjalanan programnye agak kurang rapi lebih2 lagi aspek pengurusan mase..(tapi time awal2 je.. pastu dah ok.. )
  • pengisiannya lebih kurang macam FST.. siap ada simulasi cam kite..
  • approach diorang laen sket time training, tiada fasi dan co-fasi untuk setiap grup. lebih kepada one-man show kat tengah2..
  • mass diorang best.. banyak yang boleh di gunapakai oleh faciteam nanti..
  • outdoor aktiviti pun mantap (que cadangkan kite wat program faciteam kat sini.

sebenarnya, kita ada 'hidden agenda' untuk LAKEP.. hehehehe...
  1. observe cara pengurusan program oleh PEPIAS. pengurusannya bagus. cuma mungkin ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki dan boleh juga kita pelajari.
  2. tambah mass/ game/modul untuk faciteam. kami sudah mencatat hampir semua mass/games yang fasi wat. nanti kite praktikkan same2 yek
  3. collaboration with PEPIAS . seperti biasa, program2 sebegini dimanfaatkan untuk cari ruang untuk collaborate dengan society/organisasi luar.(macam McLead aritu r...). dan mereka (PEPIAS) sangat2 positive dan menerima dengan hati yang terbuka untuk mengadakan kolaborasi bersama faciteam. setelah berbincang dengan que, bermesej dgn Ayahanda, berdiskusi dengan presiden PEPIAS , ade beberapa cadangan yang kita bleh wat.
  • exchange program. kita akan hantar fasi2 kita (seramai 20-30 orang) untuk menyertai kem kepimpinan sekolah2 anjuran PEPIAS sebagai fasi. then, fasi2 dari PEPIAS akan dijemput untuk join program 'Summer Camp' anjuran Faciteam sbg fasi gak.
  • Ahli PEPIAS CENFOS PJ. PEPIAS mencadangkan agar ahli2 PEPIAS cawangan CENFOS PJ yang akan masuk kampus kuantan diserap masuk ke dalam faciteam bagi meneruskan usaha2 dakwah dan kefasilitatoran di bumi kuantan. tapi diorang still kene g FST..=)
oh ya, sebelum mengundur diri, ingin saya beritahu bahawa saudara muhd syafiq salleh (Que) telah dinobatkan sebagai peserta terbaik untuk LAKEP kali ini.. biarpun kuantiti kita kecil, tapi kualiti kita tetap mantop.. harapannya, lebih ramai lagi ahli2 kita yang boleh dihantar ke program sebegini di masa akan datang.
akhir kata, terima kasih kepada faciteam yang sponsor pemergian kami ke LAKEP. banyak yang kami pelajari dari program seperti ini.

sekian, wassalam..
MUHAMMAD FAIZ BIN MOHD HANAPIAH
Pub & Info Coordinator

Labels:

1 comments:

Anonymous said...

tahniah untuk semua!

kita adalah facilitator sepanjang masa walau di mana-mana sahaja dan tak kira kepada siapa.

'once you're a Faciteam member, you'll be always and forever be the one.' =)