KENYATAAN RASMI FACILITATOR TEAM

Friday, January 16, 2009
Posted by sha_jah

Assalamualaikum w.b.t.

Faciteam ialah sebuah persatuan yang diasaskan oleh sekumpulan pelajar yang mahu berbakti kepada masyarakat dan kemahuan itu berdasarkan konsep perlunya para pelajar universiti untuk turun ke lapangan masyarakat dengan menyumbang sesuatu yang berguna. Sudah hampir 7 tahun Faciteam ditubuhkan di IIUM Kuantan Campus. Atas semangat dakwah dan sukarelawan, Faciteam dilihat semakin lama semakin berkembang.

Setakat ini, Faciteam mempunyai hampir 300 ahli dari semua kulliyyah di IIUM Kuantan Campus. Ahli-ahli Faciteam terdiri daripada semua tahun pengajian dan mempunyai latarbelakang yang pelbagai.

Seperti mana yang kita tahu, SRC Election 2009 telah dekat dan semakin hangat diperkatakan. Untuk makluman semua, Faciteam tidak pernah menyuruh, menghantar atau/dan memaksa mana-mana ahli Faciteam bertanding di dalam SRC Election 2009. Faciteam mengalu-alukan dan menerima baik keinginan ahli Faciteam untuk bertanding di dalam SRC Election 2009. Keputusan mana-mana ahli Faciteam untuk bertanding di dalam SRC Election 2009 adalah kerana kemahuan individu itu sendiri untuk mewakili kulliyyah mereka secara khususnya dan mewakili IIUM, amnya. Malah, Faciteam tidak pernah menyuruh, menghantar atau/dan memaksa mana-mana ahli untuk menyokong calon-calon tertentu dalam SRC Election 2009.

Untuk makluman semua juga, Faciteam bersikap neutral. Faciteam tidak terikat dengan dan bukan milik mana-mana sayap politik negara, NGOs atau/dan persatuan-persatuan luar IIUM. Faciteam didaftarkan di bawah CENSERVE unit IIUM dan Faciteam adalah hak milik mutlak IIUM Kuantan Campus. Semua pelajar IIUM layak menjadi ahli Faciteam. Faciteam ialah Faciteam. Oleh itu, Faciteam tidak membawa sebarang isu dan agenda di dalam SRC Election sebelum ini, pada tahun ini dan akan datang.

Fokus utama Faciteam ialah untuk memperkemaskan sistem pengurusan, memperbanyakkan latihan untuk ahli dan mempelbagaikan program terhadap adik-adik di sekolah rendah dan sekolah menengah.

Walaubagaimanapun, Faciteam berpendapat SRC masih relevan dan merupakan sebuah institusi pelajar yang penting. SRC penting untuk menyokong kehendak pelajar yang bersesuaian dan memartabatkan suara pelajar ke peringkat yang lebih tinggi. Faciteam sentiasa menghormati peranan SRC dan sentiasa bekerjasama untuk membentuk "whole-rounder students" dari segi intrapersonal, interpersonal dan membentuk seorang pelajar Muslim yang terbaik. Oleh itu, Faciteam menyeru kepada semua pelajar IIUM Kuantan untuk mengambil tahu dan mengambil peduli SRC Election 2009.

SEBARANG KENYATAAN INDIVIDU ATAU KUMPULAN TERTENTU YANG MELIBATKAN ATAU/DAN MENYATAKAN "FACITEAM" IALAH MERUPAKAN KENYATAAN INDIVIDU ATAU KUMPULAN TERSEBUT DAN BUKAN PENDIRIAN FACITEAM.



sekian, terima kasih.



ILMAN HADREE BIN IDRIS

CHIEF COORDINATOR

IIUM FACILITATOR TEAM


16 January 2009

faciteam.blogspot.com

Labels:

1 comments:

Anonymous said...

relieving statement from faciteam...serious! haha

make sure in the future no person misuse the good name of facitem.

faith, the spirit that moves us!