Lawatan Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA) ke UIAM Kuantan

Wednesday, April 8, 2009

Assalamualaikum

Baru-baru ini, 4/4/09 telah diadakan satu program lawatan motivasi oleh SEMESTA

Program yangg berjalan selama hanya 2 jam setengah itu berlangsung dengan lancar tanpa kejadian-kejadian yang tidak diingini.

Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih saya kepada para fasi-fasi yang hadir untuk menjayakan program tersebut (Kak ili, Kak Su, Ella, Sheth, Amy, Sal, Afif, Zarol, Amirul, Wan, dan juga cc kita iaitu Ilman) walaupun sebahagian daripada masih lagi dalam mood exam tetapi semangat mereka tidak pudar.

Walaupun ketibaan pelajar-pelajar agak lewat sedikit (sebab sesat jalan) sehingga membuatkan fasi-fasi gelisah dan risau, tetapi semangat dan kerjasama yang diberikan oleh adik-adik dapat mengubat hati kami.

Secara keseluruhan, program ini sedikit sebanyak memberi impak yang positif kepada adik-adik tingkatan 5 yang bakal menghadapi peperiksaan SPM tahun ini.

Justeru, kepada fasi-fasi yang sanggup mengorbankan masa belajar mereka untuk menjayakan program, doa kami untuk kamu agar dapat mncapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang dihadapi dan semoga usaha kamu diberkati ALLAH swt.

Selamat menghadapi peperiksaan, semoga jumpa lagi sesi depan!
InsyaALLAH

Adam
-PR coordinator-

1 comments:

amirul syafiq said...

sayer... sbg wakil plajar ting 5
SMS tengku abdullah mengucapkan terima kasih atas segala kerjasama yg abg2 n kakak2 berikan. pelbagai pengalaman yg dapt kami peroleh sepanjng program tersebut.. pengetahuan yg berguna. yang paling berguna sekali adalah dapat berkenalan dengan semia fasi2.. terima kasih diucapkan.. doakan kejayaan kami dalam spm 2009