Perutusan Aidilfitri
Sunday, September 28, 2008Assalamualaikum wbt
Marilah kita bersama-sama panjatkan kesyukuran dan puji-pujian kepada Allah swt kerana memberi peluang kepada kita untuk terus hidup di dalam nikmat-Nya terutama sekali nikmat hidup sebagai seorang Muslim.
FaciTeam merupakan sebuah persatuan yang menyediakan platform untuk kita berbakti dan berdakwah kepada masyarakat. Platform ini semakin berkembang setiap tahun dan platform ini mampu menampung pertambahan bilangan ahli meliputi daripada semua kulliyyah.
Sokongan daripada ahli-ahli amatlah penting. Besar harapan saya untuk melihat ahli-ahli FaciTeam terutamanya ahli-ahli first year untuk memahami dan menggerakkan perjuangan Team kita. Tanpa anda semua, Team ini takkan bergerak. Anda adalah sebahagian daripada keluarga besar ini.
Terima kasih kepada semua warga besar keluarga FaciTeam yang selama ini telah menyokong dasar perjuangan Team kita. Teruskan sokongan anda di kala FaciTeam akan memperbanyakkan lagi program-program dalaman.
Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Chief Coordinator 07/08, saudara Safwan dan Management Committee 07/08 kerana telah menjalankan perancangan- perancangan Team dan telah mengorbankan masa, keringat dan juga wang mereka untuk memastikan Team kita masih bergerak. Usaha dan keringat anda menjadi inspirasi kepada Management Committee 08/09. Semoga Allah membalas jasa-jasa anda semua.
Bersempena dengan musim cuti dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, saya, mewakili Management Committee 08/09 ingin mengucapkan selamat bercuti bersama keluarga dan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. Pesanan khas daripada saya, berhati-hati di jalanraya dan kawal diet anda semasa hari raya, terutama sekali melibatkan makanan-makanan berminyak dan berkolesterol. Marilah bersama-sama meriahkan FaciTeam Appreciation Night (Raya Gathering) pada 8 oktober (selasa) 8.30 mlm kat surau cf sister.
Sekian.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin
Daripada
Ilman Hadree Idris
Chief Coordinator 08/09
Facilitator Team