Selamat menghadapi peperiksaan

Saturday, November 1, 2008

Assalamualaikum. ..

Syukur alhamdullillah kerana kita masih diberi kesempatan untuk
mengharungi hari-hari yang akan datang dengan penuh keinsafan dan di
bawah keredhaan-Nya. Walaubagaimanapun, hari semakin lama semakin
berlalu dengan cepatnya kerana kita selalu dilalaikan dengan nikmat
dunia dan tidak lupa juga dengan kesibukan sebagai seorang pelajar.
Pejam celik, pejam celik, musim peperiksaan sudah pun tiba.

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan diri saya
dan kepada semua ahli FaciTeam untuk menggunakan masa yang ada ini
dengan sebaik-baiknya dengan mengulangkaji pelajaran. Walaupun kita
selalu bercakap mengenai perjuangan sebagai seoarang pendakwah dan
juga sebagai seorang fasilitator, kita seharusnya ingat tujuan kita
datang ke sini, iaitu untuk belajar.

FaciTeam hanya menyediakan platform untuk kita berbakti kepada
masyarakat dan sebagai platform untuk memajukan diri sendiri. Akan
tetapi, platform ini tidak akan utuh sekiranya kita tidak menyerlah
sebagai seorang pelajar.

Apabila kita berusaha, jangan lupa untuk beribadat, berdoa dan
bertawakal kepada Allah kerana hanya dengan kekuasaan-Nya kita akan
mendapat kejayaan di dalam peperiksaan, khususnya, di dunia dan
akhirat, amnya.

Usaha dan tawakal sahaja tidak memadai untuk menentukan kejayaan kita.
Keberkatan ilmu dan hidup harus juga diselarikan dengan usaha dan
tawakal. Ambil lah kesempatan untuk memohon restu dan bermaaf-maafan
dengan ibu bapa kita, pensyarah kita dan rakan-rakan sekeliling kita.

Akhir kata, selamat berjaya dan semoga segala yang anda curahkan dalam
perjuangan demi Islam ini adalah ikhlas dan mendapat keredhaan Allah.

Ilman Hadree b Idris
Chief Coordinator

Labels: ,

0 comments: